Peringatan/teguran,Cara Meletakkan Gambar

Jualan barang-barang bukan automotif...kasi lelong disini!!!
------------------------------------------------------------
Pihak Pengurusan S.I.C TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB sekiranya berlaku sebarang permasalahan diantara penjual & pembeli semasa transaksi dilaksanakan.

Sekiranya transaksi yang dilaksanakan didapati bermasalah, penjual @ pembeli dinasihatkan agar merujuk kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) & Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan undang-undang selanjutnya.
-----------------------------------------------------------

Peringatan/teguran,Cara Meletakkan Gambar

Joined: 30 Nov 2007, 00:18

28 May 2009, 00:13 #1

Ada beberapa garis panduan ringkas dan bantuan kepada rakan-rakan yang ingin mengiklan barangan mereka :

PENTING
Kepada yang baru memasuki forum ini dan baru mempunyai ID di wajibkan untuk membuat salam perkenalan di:

SEKSYEN SALAM PERKENALAN


APA YANG PERLU DILAKUKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MULA BERNIAGA

PERATURAN JUAL BELI

PENJUAL

1. PENJUAL diwajibkan untuk "MENGGUNAKAN GAMBAR BARANGAN SENDIRI DAN TIDAK MENGGUNAKAN GAMBAR PENJUAL YANG LAIN" untuk memudahkan pembeli menilai barang tersebut.

2. PENJUAL hendaklah "JUJUR" dalam menjelaskan kondisi barang. Jikalau ada "CRACK, PECAH, SUMBING, KOYAK, TERCABUT ATAU SEBAGAINYA" hendaklah di jelaskan terperinci dan bukan hanya mengatakan barang adalah "TIP TOP".

3. PENJUAL diwajibkan menyimpan resit jual beli barang di kedai potong. Ini untuk memudahkan pihak Admin DAN MODERATOR SIC untuk meminta resit jika terdapat pembeli yang komplen barang di jual terlampau mahal dari harga pasaran.

4. PENJUAL hendaklah menjelaskan "TERMA & SYARAT" sebelum menjual barang. Ini penting bagi "PENGHANTARAN BARANG SAMA ADA DI AMBIL SENDIRI, URUSAN POS, ATAU MENGGUNAKAN PIHAK KE-3 ATAU APA-APA CARA PEMBERIAN BARANG SEKALIPUN" hendaklah di jelaskan terperinci untuk mengelakkan kekeliruan.

5. PENJUAL yang mengiklan bukan di forum hendaklah "MENGHANTAR GAMBAR MELALUI EMAIL, PERSONAL MASSAGE (PM), MMS ATAU TERUS BERJUMPA DENGAN PEMBELI" jika bakal pembeli tidak dapat melihat gambar di dalam forum atau pembeli yang bukan dari forum.

6. Kepada PARA PENJUAL setelah barang berjaya "DIJUAL (SOLD)", anda "TIDAK DIBENARKAN UNTUK MEMBUANG LINK GAMBAR ASAL TERSEBUT" untuk memudahkan pihak "ADMIN & MODERATOR" dan juga "BUYER" untuk merujuk kembali iklan anda jika terdapat seberang masalah.

7. Sekiranya barang telah TERJUAL / SOLD, PENJUAL hendaklah memaklumkan kepada MODERATOR yang bertugas untuk MENGUNCI / LOCK TOPIC.

PEMBELI

1. PEMBELI hendaklah meminta gambar yang "ASLI DAN TULEN" dari PENJUAL. Gunakan budi bicara anda untuk menilai barang sebelum membeli.

2. PEMBELI hendaklah berbincang "HARGA TERAKHIR YANG DIPERSETUJUI BERSAMA - SAMA DENGAN PENJUAL sebelum membuat keputusan untuk membeli barang tersebut.

3. PEMBELI hendaklah bertanyakan cara "PENGHANTARAN BARANG" . Sama ada pembeli mengambil sendiri barang tersebut, membuat temu janji di tempat yang ditetapkan atau kos untuk pos barang yang ditetapkan oleh PENJUAL. Sila sahkan betul-betul dan jelas agar anda tidak berlaku kekeliruan.


5. Anda boleh PM / email / telefon 10 nickname di atas dan pastikan:

-Nickname seller
-Nama sebenar seller
-No. telefon seller
-Barang yang dijual (rujuk pada iklan jika terdapat dalam Seksyen Jual Beli)
-Masalah


6. Pihak Pengurusan S.I.C TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB sekiranya berlaku sebarang permasalahan diantara penjual & pembeli semasa transaksi dilaksanakan, walaubagaimanapun Pihak SIC akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda jika ada sebarang masalah berkaitan penjual.
Sekiranya transaksi yang dilaksanakan didapati bermasalah, penjual @ pembeli dinasihatkan agar merujuk kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) & Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan undang-undang selanjutnya.

Sumber : Pinned Topik-Izzenx



MEMASUKKAN GAMBAR

Bagaimana untuk upload gambar?

Seperti yang diperlukan dan untuk memudahkan gambar dimuat turun untuk tatapan pengunjung forum, saiz yang dibenarkan adalah 640 x 480. Disini di tunjukkan serba sedikit langkah-langkah untuk resize gambar yang besar.

Terdapat 2 cara iaitu melalui Windows Explorer atau melalui Photobucket

A. Melalui Windows Explorer. (XP setelah di update service pack utk resize gambar)

1. Gunakan Windows Explorer korang dan BROWSE folder gambar tersebut.
2. Bawa mouse pointer anda ke aras gambar. Tak perlu klik.
3. Right click @ klik butang tetikus kanan anda dan akan keluar satu drop down menu. Pilih Resize Pictures.
4. Hasilnya gambar korang akan dikecilkan menjadi saiz 640 x 480 sesuai untuk paparan skrin pada forum.



B. Melalui Photobucket.

1. Sebelum anda upload atau pilih fail yang nak di upload pilih option.
2. Pilih gambar yang dikehendaki.
3. Proses upload sedang berlaku.
4. Anda klik option Always Skip This Step, ini bertujuan kita tak perlu nak letak tagging pada gambar.
5. Bawa mouse pointer anda ke arah seperti dalam gambar dan secara automatik gambar akan di copy. Korang boleh postkan link tersebut ke dalam forum.
6. Siap dah!!!


C. Upload Selain Photobucket

1. Terdapat banyak lagi Image Uploader percuma selain photobucket. Contoh:

http://www.imageshack.us/

2. Kalau dah upload gambar, korang cuma dapat link sahaja, korang copy je URL @ alamat gambar tersebut dan rujuk gambar di bawah untuk di post kan ke dalam forum.

Sumber : Pinned Topik-Cikgu Bob


Moga-moga dengan apa yang tertera di sini saudara/saudari faham dan memudahkan semua pihak.

Selamat berjual beli di Saga Iswara Club.




















******
Pihak Pengurusan S.I.C TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB sekiranya berlaku sebarang permasalahan diantara penjual & pembeli semasa transaksi dilaksanakan.

Sekiranya transaksi yang dilaksanakan didapati bermasalah, penjual @ pembeli dinasihatkan agar merujuk kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) & Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan undang-undang selanjutnya.
Saga Midnight Blue

SIC JB=960
Lukazi Shikifu83





<a href="http://daisypath.com/"><img src="http://davf.daisypath.com/SZGDp8.png" width="400" height="80" border="0" alt="Daisypath Anniversary tickers" /></a>
Like