Amaran Kepada Pembeli Dan Penjual

Jualan barang-barang bukan automotif...kasi lelong disini!!!
------------------------------------------------------------
Pihak Pengurusan S.I.C TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB sekiranya berlaku sebarang permasalahan diantara penjual & pembeli semasa transaksi dilaksanakan.

Sekiranya transaksi yang dilaksanakan didapati bermasalah, penjual @ pembeli dinasihatkan agar merujuk kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) & Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan undang-undang selanjutnya.
-----------------------------------------------------------

Amaran Kepada Pembeli Dan Penjual

Joined: Mar 4 2008, 03:14 PM

May 27 2009, 09:23 PM #1

PENJUAL

1. PENJUAL diwajibkan untuk "MENGGUNAKAN GAMBAR BARANGAN SENDIRI DAN TIDAK MENGGUNAKAN GAMBAR PENJUAL YANG LAIN" untuk memudahkan pembeli menilai barang tersebut.

2. PENJUAL hendaklah "JUJUR" dalam menjelaskan kondisi barang. Jikalau ada "CRACK, PECAH, SUMBING, KOYAK, TERCABUT ATAU SEBAGAINYA" hendaklah di jelaskan terperinci dan bukan hanya mengatakan barang adalah "TIP TOP".

3. PENJUAL diwajibkan menyimpan resit jual beli barang di kedai potong. Ini untuk memudahkan pihak Admin DAN MODERATOR SIC untuk meminta resit jika terdapat pembeli yang komplen barang di jual terlampau mahal dari harga pasaran.

4. PENJUAL hendaklah menjelaskan "TERMA & SYARAT" sebelum menjual barang. Ini penting bagi "PENGHANTARAN BARANG SAMA ADA DI AMBIL SENDIRI, URUSAN POS, ATAU MENGGUNAKAN PIHAK KE-3 ATAU APA-APA CARA PEMBERIAN BARANG SEKALIPUN" hendaklah di jelaskan terperinci untuk mengelakkan kekeliruan.

5. PENJUAL yang mengiklan bukan di forum hendaklah "MENGHANTAR GAMBAR MELALUI EMAIL, PERSONAL MASSAGE (PM), MMS ATAU TERUS BERJUMPA DENGAN PEMBELI" jika bakal pembeli tidak dapat melihat gambar di dalam forum atau pembeli yang bukan dari forum.

6. Kepada PARA PENJUAL setelah barang berjaya "DIJUAL (SOLD)", anda "TIDAK DIBENARKAN UNTUK MEMBUANG LINK GAMBAR ASAL TERSEBUT" untuk memudahkan pihak "ADMIN & MODERATOR" dan juga "BUYER" untuk merujuk kembali iklan anda jika terdapat seberang masalah.

7. Sekiranya barang telah TERJUAL / SOLD, PENJUAL hendaklah memaklumkan kepada MODERATOR yang bertugas untuk MENGUNCI / LOCK TOPIC.

PEMBELI

1. PEMBELI hendaklah meminta gambar yang "ASLI DAN TULEN" dari PENJUAL. Gunakan budi bicara anda untuk menilai barang sebelum membeli.

2. PEMBELI hendaklah berbincang "HARGA TERAKHIR YANG DIPERSETUJUI BERSAMA - SAMA DENGAN PENJUAL sebelum membuat keputusan untuk membeli barang tersebut.

3. PEMBELI hendaklah bertanyakan cara "PENGHANTARAN BARANG" . Sama ada pembeli mengambil sendiri barang tersebut, membuat temu janji di tempat yang ditetapkan atau kos untuk pos barang yang ditetapkan oleh PENJUAL. Sila sahkan betul-betul dan jelas agar anda tidak berlaku kekeliruan.

4. PEMBELI hendaklah melaporkan kepada PIHAK SIC melalui wakil-wakil berikut jika terdapat sebarang masalah berkaitan PENJUAL:

1. AcAi
2. gemposs
3. mat_7824
4. JBK616
5. Mr.D0n
6. denoy
7. naughtier_maximus

8. Cikgu Bob
9. Fazriy83


5. Anda boleh PM / email / telefon 10 nickname di atas dan pastikan:

-Nickname seller
-Nama sebenar seller
-No. telefon seller
-Barang yang dijual (rujuk pada iklan jika terdapat dalam Seksyen Jual Beli)
-Masalah



6. Pihak Pengurusan S.I.C TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB sekiranya berlaku sebarang permasalahan diantara penjual & pembeli semasa transaksi dilaksanakan, walaubagaimanapun Pihak SIC akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda jika ada sebarang masalah berkaitan penjual.
Sekiranya transaksi yang dilaksanakan didapati bermasalah, penjual @ pembeli dinasihatkan agar merujuk kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) & Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan undang-undang selanjutnya.

Sekian Terima Kasih.
<center>
No. Telefon : 019-7512221
Email Rasmi : cikgubob@sagaiswaraclub.com
Facebook: Al-Bukhari Ibnu Al-Razi
Lokasi : Batu Pahat - Parit Raja - Air Hitam




</a></center>
Like
Share

Joined: Mar 4 2008, 03:14 PM

May 27 2009, 09:24 PM #2

PERHATIAN!

Berkuatkuasa Mulai June 2009



MENGAPA THREAD JUAL BELI SAYA KENA LOCK?

1) Tidak membuat "PENGENALAN DIRI" di http://z4.invisionfree.com/Saga_Iswara_ ... owforum=14

2) Tiada GAMBAR ATAU *MENGGUNAKAN GAMBAR BUKAN KEPUNYAAN SENDIRI. (DIBERI MASA 24JAM DARI TARIKH DAN MASA THREAD DIBUKA)

3) Tiada NOMBOR CONTACT SALLER.

4) Menjual benda-benda yang DIHARAMKAN DAN MENDATANGKAN BAHAYA SEPERTI SENJATA, DADAH, ARAK, DAN SEBAGAINYA. (JIKA ADA THREAD BEGINI IA AKAN TERUS DI DELETE)

5) Status PENJUAL DIRAGUI, PERNAH DISENARAI HITAM OLEH PIHAK ADMIN, TIDAK JUJUR DALAM PERNIAGAAN DAN SEBAGAINYA.

6) Thread TIDAK DIKEMASKINI MELEBIHI 1 BULAN AKAN DI LOCK. Apabila tiada sebarang berita tentang barang yang hendak dijual sama ada telah dijual atau belum.

7) Akan ditambah dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi.


MACAM MANA SAYA NAK BUKA SEMULA THREAD JUAL BELI SAYA TU?

Setelah anda MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN di atas.
Anda boleh MENGHUBUNGI MODERATOR-MODERATOR di bawah secara PERSONAL MASSAGE (PM), SMS ATAU TELEPHONE :

1) Global Moderator.
2) Cikgu Bob
3) Fazriy83



"Tua, muda, miskin, kaya, otai, nubis, semua sama rata, sama rasa!!!"

Yang benar,
Cikgu Bob & Fazriy83

* = Dimaafkan dalam kes-kes tertentu
<center>
No. Telefon : 019-7512221
Email Rasmi : cikgubob@sagaiswaraclub.com
Facebook: Al-Bukhari Ibnu Al-Razi
Lokasi : Batu Pahat - Parit Raja - Air Hitam




</a></center>
Like
Share