Syarat baru jual motosikal terpakai:Wajib hantar P

road tax? anything new on JPJ? polis traffic? contoH: suma chopper diwajibkan pakai monkey bar ke... =p

Syarat baru jual motosikal terpakai:Wajib hantar P

penunggu
Otai
Joined: Jun 19 2008, 04:01 AM

Jan 12 2011, 01:10 AM #1

Wajib hantar PUSPAKOM
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2011/01/12


Hisham Othman
Syarat baru jual motosikal terpakai: Tindakan dapat lindungi pengguna beli kenderaan curi, diubahsuai haram

KUALA LUMPUR: Motosikal terpakai yang hendak dijual akan diwajibkan menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi melindungi pengguna daripada membeli kenderaan curi atau diubahsuai secara haram.
Jika cadangan PUSPAKOM itu diluluskan, dianggarkan kira-kira tiga juta motosikal terpakai yang digunakan sekarang dan berada di kedai menjual motosikal perlu menjalani pemeriksaan jika maju ditukar hak milik atau dijual.
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Hisham Othman, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan tidak lama lagi bagi mengelak pembeli ditipu selain menjaga keselamatan pemilik baru kenderaan itu.

“Sebelum ini tidak pernah ada pemeriksaan berjadual untuk motosikal berbanding kereta, bas dan lori. Oleh itu, cadangan ini dapat mengesan sama ada motosikal yang dalam proses jual beli itu dalam keadaan baik atau mengenal pasti identitinya, sama ada kenderaan curi atau tidak, keadaan badan, enjin serta memiliki peralatan seperti lampu dan cermin.

“Pemeriksaan seumpama ini juga dapat mengesan motosikal yang mengeluarkan bunyi bising dan motosikal potong,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di sini, semalam.

Ketika ini, kenderaan persendirian diwajibkan menjalani pemeriksaan mandatori di PUSPAKOM bagi tukar milik kenderaan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan dikenakan caj sebanyak RM50.
Hisham juga memberi jaminan akan mengenakan caj pemeriksaan motosikal yang lebih rendah berbanding kenderaan lain jika cadangan itu diluluskan.

“Saya percaya rakyat dan pembuat dasar akan setuju dengan cadangan ini kerana ia dapat menjaga keselamatan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya,” katanya.

Malah, katanya, cadangan itu juga dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal terutama jika ia berpunca daripada motosikal rosak.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia, Wee Hong, berkata mengikut data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak 500,000 motosikal baru dijual setiap tahun di negara ini.

“Sehingga akhir 2010, sebanyak 9.4 juta motosikal berada di jalan raya di seluruh negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, dianggarkan 35 peratus daripadanya dijual sebagai motosikal terpakai menerusi ejen penjual motosikal dan skuter termasuk 5,000 ahli persatuan berkenaan.

http://www.bharian.com.my/bharian/artic ... M/Article/
Reply
Like
Share

Joined: Jan 23 2006, 02:18 AM

Jan 12 2011, 01:15 AM #3

kalu antar puspakom, owner baru lepas beli muto x diselenggara dgn baik
rantai kendur & sebagainya
eksiden jugak nnt

moto x sama dgn keta
2 tayar, mudah jatuh kalu jadi apa2

itu alasan puspakom x kukuh


my personal view, ini benda takan jadik
rakyat malaysia ni ramai kelas pertengahan & kelas bwh
even yg keja gomen pun ramai pakai moto
byk muto x leh jual, kedai muto alami lambakan, rakyat makin rasa tertindas

pilihanraya dh dekat
dorang x takut ka? :rolleyes:

i reap, i built, i ride!! - hungryghost custom inc
Reply
Like
Share

pako
Otai
Joined: Feb 3 2006, 07:45 AM

Jan 12 2011, 01:26 AM #4

say hello to my lil' friend......

KISS MY FURY ASSH!!!!

pembuat dasar yg mau kaut keuntungan aja.... !!!!!!!

Get Ur Mouth Louder coz My Exhaust is LOUDER, Lives Saved by IT!! :lol:
Reply
Like
Share

ohsai79
Otai
Joined: Nov 22 2008, 02:33 AM

Jan 12 2011, 01:28 AM #5

Kalau 1 moto caj RM50...huuui untung ni....3juta moto dah RM150000000 :ph43r:
Reply
Like
Share

Joined: Oct 13 2008, 12:49 AM

Jan 12 2011, 01:30 AM #6

Aduh....Xjadi lah nak jual moto mcm nie...Nak peram jd akuarium kt kedai ju... :ph43r: :ph43r:
-RESIGNED-
(You know where to find me, you know number to contact me)
Reply
Like
Share

batpod2200
Otai
Joined: May 1 2010, 01:18 AM

Jan 12 2011, 01:32 AM #7

Bud, itu law belum enforce. kalau mau jual, skrg is the time
Reply
Like
Share

Joined: Jan 23 2006, 02:18 AM

Jan 12 2011, 01:33 AM #8

bUd_StrAngeR @ Jan 12 2011, 01:30 AM wrote: Aduh....Xjadi lah nak jual moto mcm nie...Nak peram jd akuarium kt kedai ju... :ph43r: :ph43r:
peram dlm akuarium la lg baguih :ph43r:

i reap, i built, i ride!! - hungryghost custom inc
Reply
Like
Share

Joined: Apr 22 2009, 02:16 AM

Jan 12 2011, 01:47 AM #9

antulaparbalikpagi @ Jan 12 2011, 09:33 AM wrote:
bUd_StrAngeR @ Jan 12 2011, 01:30 AM wrote: Aduh....Xjadi lah nak jual moto mcm nie...Nak peram jd akuarium kt kedai ju... :ph43r:  :ph43r:
peram dlm akuarium la lg baguih :ph43r:
peram tak baguih woo!!! :blink:

kasik taruk atas kedai baru baguih!!! mcm ala2 hardrock cafe :P


aku rasa benda ni tak jadik punya.... kalu jadik pun, ramai lagi la yg takde roadtax..++ outlaw... B)
Reply
Like
Share

penunggu
Otai
Joined: Jun 19 2008, 04:01 AM

Jan 12 2011, 02:13 AM #10

sekarang nih depa dok pikir memacam cara utk dapatkan duit..kalau dok study balik byk dasar yg sedang berjalan..kita aje yg x amik endah...so be prepare aje laa utk keluar duit tanpa rasa was-was..


kalau macam xda road tax or outlaw tuh depa akan buat pembaharuan jugak...nak duit semua jadik..


errr...ade dengar tak yg JPJ dah kuatkuasa JPJ kini berkuasa di semua jenis jalan.
http://www.bharian.com.my/bharian/artic ... an/Article
Reply
Like
Share

Joined: Jan 4 2011, 08:27 AM

Jan 12 2011, 08:15 AM #11

penunggu @ Jan 12 2011, 09:10 AM wrote:Wajib hantar PUSPAKOM
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2011/01/12


Hisham Othman
Syarat baru jual motosikal terpakai: Tindakan dapat lindungi pengguna beli kenderaan curi, diubahsuai haram

KUALA LUMPUR: Motosikal terpakai yang hendak dijual akan diwajibkan menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi melindungi pengguna daripada membeli kenderaan curi atau diubahsuai secara haram.
Jika cadangan PUSPAKOM itu diluluskan, dianggarkan kira-kira tiga juta motosikal terpakai yang digunakan sekarang dan berada di kedai menjual motosikal perlu menjalani pemeriksaan jika maju ditukar hak milik atau dijual.
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Hisham Othman, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan tidak lama lagi bagi mengelak pembeli ditipu selain menjaga keselamatan pemilik baru kenderaan itu.

“Sebelum ini tidak pernah ada pemeriksaan berjadual untuk motosikal berbanding kereta, bas dan lori. Oleh itu, cadangan ini dapat mengesan sama ada motosikal yang dalam proses jual beli itu dalam keadaan baik atau mengenal pasti identitinya, sama ada kenderaan curi atau tidak, keadaan badan, enjin serta memiliki peralatan seperti lampu dan cermin.

“Pemeriksaan seumpama ini juga dapat mengesan motosikal yang mengeluarkan bunyi bising dan motosikal potong,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di sini, semalam.

Ketika ini, kenderaan persendirian diwajibkan menjalani pemeriksaan mandatori di PUSPAKOM bagi tukar milik kenderaan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan dikenakan caj sebanyak RM50.
Hisham juga memberi jaminan akan mengenakan caj pemeriksaan motosikal yang lebih rendah berbanding kenderaan lain jika cadangan itu diluluskan.

“Saya percaya rakyat dan pembuat dasar akan setuju dengan cadangan ini kerana ia dapat menjaga keselamatan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya,” katanya.

Malah, katanya, cadangan itu juga dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal terutama jika ia berpunca daripada motosikal rosak.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia, Wee Hong, berkata mengikut data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak 500,000 motosikal baru dijual setiap tahun di negara ini.

“Sehingga akhir 2010, sebanyak 9.4 juta motosikal berada di jalan raya di seluruh negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, dianggarkan 35 peratus daripadanya dijual sebagai motosikal terpakai menerusi ejen penjual motosikal dan skuter termasuk 5,000 ahli persatuan berkenaan.

http://www.bharian.com.my/bharian/artic ... M/Article/
“Pemeriksaan seumpama ini juga dapat mengesan motosikal yang mengeluarkan bunyi bising dan motosikal potong,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di sini, semalam.
Wat du yu ting gais?

“Saya percaya rakyat dan pembuat dasar akan setuju dengan cadangan ini kerana ia dapat menjaga keselamatan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya,” katanya.
Ya ke? Rakyat di CG (paling setuju...lah sangat :( ) hehehe!
Reply
Like
Share

Joined: Apr 22 2009, 02:16 AM

Jan 12 2011, 08:24 AM #12

sy setuju... sy suka motor stended.... sy da insaf!!! :ph43r:
Reply
Like
Share

hardcore
Otai
Joined: Aug 4 2008, 04:47 PM

Jan 12 2011, 09:35 AM #13

ni mmg bolo punya org.... :angry: pasni klu laksana kompem la shh org nak jual moto yg tepakai sbb byk kerenah. bg yg main custom kompem buat moto pakai sampi mati.. xpon pakat jd 1%... pasni dr purata bikez yg xbeminat dgn dunia politik pakat brubah la plk. sbbnya standart gomen nih kena ajar... 5thn skali kita tukar pemerintah, jap BN jap BA... lama2 mentri pakat2 ikut rakyat sbb takut kecundang... :P
Reply
Like
Share

penunggu
Otai
Joined: Jun 19 2008, 04:01 AM

Jan 12 2011, 09:53 AM #14

kena ingat..puspakom n jpj nih saling kait rapat...jpj nih dia punya saman xde timbang rasa macam polis yg ade separuh harge tuh..

salah satu yg aku nampak tujuan nye ialah utk menggalakkan tukar motor selalu macam pakai baju laa..kalau dah burok beli baru...apa nak simpan nak jual lagik.

moto lama timbang kati laa... ;)

akan byk le spare part motor nanti
Reply
Like
Share

ohsai79
Otai
Joined: Nov 22 2008, 02:33 AM

Jan 12 2011, 10:47 AM #15

kalau buat syarat ni....HD Rocker C tinggal RM60k......aku sokong...hu hu hu hu.... :ph43r:
Reply
Like
Share