nk mod atau potong chasis tgk nie dulu!!!

road tax? anything new on JPJ? polis traffic? contoH: suma chopper diwajibkan pakai monkey bar ke... =p

nk mod atau potong chasis tgk nie dulu!!!

Joined: Jul 22 2006, 08:01 AM

Nov 14 2007, 12:08 PM #1

Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ



Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ. Contohnya:-

1. Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
2. Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
3. Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
4. Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
5. Pengubahan ke atas sistem brek.
6. Pengubahan ke atas sistem steering.
7. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
8. Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
9. Penukaran enjin.
10. Pemasangan Sunroof di atas bumbung

Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pengarah,
Bahagian Kawalselia Teknik,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aras 2, Blok D4, Parcel D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62620 Putrajaya

Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-

1. Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang diikuti.
Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan.
2. Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan.
3. Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.

Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya tidak akan dibenarkan
!!LOUD PIPE SAVES LIFE!!
Reply
Like
Share

abangyus
Bikerz
Joined: Sep 28 2007, 02:27 AM

Nov 14 2007, 03:18 PM #2

kalau keta wira aku nak pasang disk brek kat belakang pun kena dpt permission JPJ la ye...

no5.
"Pandang Saje Tak Gune... Nak Saya Startkan Engin?"
Reply
Like
Share

sawn
Otai
Joined: Oct 25 2007, 03:25 PM

Nov 14 2007, 06:49 PM #3

Btl tu abgyus.. mase aku main kete camtu la. Pepe pn kene mintak surat kawal sedia skrg ni... dh ler kene tggu 2 mggu plak tu bru dpt...
Reply
Like
Share

rasta
Otai
Joined: May 14 2007, 02:43 AM

Nov 15 2007, 03:46 AM #5

...wakakakakaka....biasala bro,kalo kita nak buat moto ekot design yg kita suka then nak mintak kebenaran atau permit pihak yg berkenaan alamat tunggu kucing bertanduk la jawab nya heh.... :rolleyes: ---HOBI & MINAT MENGATASI SEGALANYA--- :rolleyes:
Reply
Like
Share

Joined: Jul 22 2006, 08:01 AM

Nov 15 2007, 04:06 AM #6

kalau cukup syarat semua tu leh hantar tp zaman bila approved tak tau la paperwork punya la berlambak nk wat....tapi kalau cukup syarat dan disertakan surat sokongan vvip konprem la cepat... <_< <_< <_<
!!LOUD PIPE SAVES LIFE!!
Reply
Like
Share

Joined: Nov 28 2007, 02:04 PM

Dec 2 2007, 02:09 PM #8

what happens if JPJ catch u and u don't wanna bribe..

how much the saman might be if they catch you with illegal frames, no meters, wide tyres...etc etc
Reply
Like
Share

mopreme
Otai
Joined: Aug 3 2007, 08:34 AM

Dec 2 2007, 03:34 PM #9

golfphunk @ Dec 2 2007, 09:09 PM wrote: what happens if JPJ catch u and u don't wanna bribe..

how much the saman might be if they catch you with illegal frames, no meters, wide tyres...etc etc
the most have to avoid is jpj
because they didn't do un-operasi roadblocks. all is operasi
they sita bikes

but the good news is easier to know which road is their favourite spot. avoid it during festive season, weekends
Rather riding a Honda than pushing a Harley
Reply
Like
Share

Lordbogon
Otai
Joined: Nov 21 2007, 05:49 PM

Dec 3 2007, 10:53 AM #10

yeah..mana leh avoid kita avoid la...dh tau jln tu jln panas jgn la lalu.kita d malaysia ni bnyak pilihan jalanraya..ikut blakang ikut depan ikut tengah mana2 pun bleh tembus jgak..ant cpt dgn lambat je la..tp lg bebaloi drp amk risiko..nsb xbaik kena saman lak..

n cm bro mopreme ckp kena jejaga sama jpj..they r soooo.... :angry:

lastly, brani custom brani la jawab..

We Believe the machine you sit on can tell the world exactly where you stand
MANUSIA PALING NGERI..!!
THE DISASTER INTERRIGATOR
Reply
Like
Share

Joined: Jul 22 2006, 08:01 AM

Dec 3 2007, 11:22 AM #11

betui tu berani wat berani tanggung....lagi pun diorg buat keje diorg je. kita nie mengharap 'budi bicara' diorg je...ape la sgt nk tahan jaguh nie kan baik le diorg pi cari ikan2 yg lagi besau tuh..
!!LOUD PIPE SAVES LIFE!!
Reply
Like
Share