Mat rempit cabul kehormatan gadis bertudung

what's new?! what's hot?!!

Mat rempit cabul kehormatan gadis bertudung

Joined: Jan 23 2006, 02:18 AM

May 25 2007, 02:43 AM #1

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama nama buruk Mat Rempit tidak kedengaran, golongan itu sekali lagi tampil dengan aksi kurang ajar apabila merakam aksi melampau ketika mencabul seorang gadis bertudung menggunakan telefon bimbit.


Lebih biadab, rakaman itu disebarkan pula sesama mereka sebelum turut diperoleh orang lain.

Tambah menyayat hati apabila berdasarkan rakaman berkenaan, mangsa cuba melawan dan merayu supaya dilepaskan, namun remaja berhati binatang itu langsung tidak mempedulikan rintihannya.

Difahamkan, klip video panas bertajuk ‘lauk’ itu kini tersebar luas di kalangan pengguna telefon bimbit, terutama remaja dan pelajar.

Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam, Mohd Aidil Mohd Rosley, 20, berkata klip video dirakam dengan telefon bimbit berkamera itu diterimanya daripada seorang rakan semalam yang menawarkan rakaman ‘panas’ itu dipindahkan melalui ‘bluetooth’.

Menurutnya, sebelum ini dia kerap menerima pelbagai rakaman aksi panas remaja tempatan, namun klip video terbaru itu dianggap paling menyedihkan terutama apabila ia membabitkan remaja perempuan Melayu.

“Hasil penelitian, rakaman selama 4 minit 36 saat itu menunjukkan seorang gadis bertudung yang berseluar panjang dan berbaju-T hitam lengan panjang cuba dicabul di kawasan semak oleh sekurang-kurangnya tiga lelaki.

“Rakaman awal menunjukkan Mat Rempit terbabit rakus meraba tubuh gadis itu yang masih berpakaian sambil mangsa berulang kali merayu supaya dilepaskan.

“Tidak cukup dengan itu, tangan beberapa Mat Rempit lain kelihatan turut menyelak baju mangsa walaupun dia menghalang perbuatan jijik itu,” katanya.

Rakaman seterusnya menunjukkan kumpulan Mat Rempit terbabit mula menggunakan kekerasan dengan memegang pergelangan tangan gadis itu, manakala rakan mereka yang lain cuba membuka tali pinggang dan seluar mangsa.

“Mangsa yang diasak dari serata arah oleh kumpulan Mat Rempit terbabit akhirnya gagal mempertahankan diri sebelum seluar dan bajunya ditanggalkan.

“Tambah menyedihkan apabila mangsa terus diraba dan dicabul sesuka hati,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan rakaman itu, sekurang-kurangnya dua telefon bimbit berkamera milik Mat Rempit digunakan untuk merakam perbuatan jijik berkenaan.

“Pihak yang merakam aksi melampau itu cukup licik dan berhati-hati dengan tidak mendedahkan wajah masing-masing melalui rakaman terbabit.

“Apa yang kelihatan hanya tangan mereka dan wajah mangsa yang pastinya boleh memalukan gadis terbabit,” katanya.

Aidil berkata, rakaman klip video terbabit jelas menunjukkan mangsa diperangkap kerana dia beberapa kali merayu supaya dibebaskan.

“Hati saya tersentuh apabila jelas kedengaran mangsa merintih dengan berkata ‘aku nak balik’ berulang kali. Bagaimanapun, remaja lelaki terbabit langsung tidak mengendahkan permintaan itu, sebaliknya memberitahu ingin melihat tubuh bogelnya.

“Malah, remaja terbabit turut memaksa mangsa membuka semua pakaiannya dengan alasan ingin merakam gambar bogelnya,” katanya.

Menurutnya, dia amat simpati dengan gadis itu yang pastinya mengalami trauma selepas kejadian.

Sementara itu, penganalisis jenayah terkenal, Kamal Affendi Hashim, meluahkan rasa kesal dengan hobi jijik kumpulan remaja terbabit yang tidak hanya merosakkan maruah gadis terbabit, malah mengaibkan bangsa sendiri.

Menurutnya, masalah itu tidak akan terjadi jika gadis terbabit berhati-hati memilih rakan dan tidak bergaul dengan Mat Rempit atau remaja liar.

“Malangnya, ramai mangsa yang malu dan enggan tampil membuat laporan polis apabila diperlakukan sesuka hati golongan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan gejala ini berterusan dan suspek semakin galak mencari mangsa untuk dirakamkan bagi tujuan suka-suka,” katanya.

Kamal Affendi berkata, pelaku jenayah terbabit boleh didakwa kerana mencabul kehormatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada seksaan itu.

Malah menurutnya, remaja lelaki yang merakam gambar lucah terbabit juga boleh didakwa mengikut Seksyen 509 kanun Keseksaan kerana mengedar gambar terbabit kerana perbuatan itu dikategorikan sebagai perilaku jenayah.


p/s: kerana mat2 rempit celaka ni lah nama suma bikers terpalit taik!!

sampah masyarakat mcm ni patut di tembak je

mcm tembak gagak kt town tu

pastu kambus :angry: :angry:

i reap, i built, i ride!! - hungryghost custom inc
Reply
Like
Share

rasta
Otai
Joined: May 14 2007, 02:43 AM

May 25 2007, 02:57 AM #2

.........betoi tu antu...kalo aku dapat budak2 tu kang ku sepak pakai kasut besi pastu aku sula dia pakai batang besi yg tajam n lazly aku langgar dia pakai jentolak sampai tengkorak depa tkluar!huh! kerana nila setitik,ROSAK SUSU SEBELANGA!sial betoi! :angry:
Reply
Like
Share

Joined: Jan 23 2006, 02:18 AM

May 25 2007, 02:58 AM #3

lepas ni makin banyak la road blok

bangsat betul!!!


:angry: :angry:

i reap, i built, i ride!! - hungryghost custom inc
Reply
Like
Share

red_skull
red_skull

May 25 2007, 05:10 AM #4

wei apasal tak leh login?

apepun aku memang hangin ngan mat rempit ni..kalu bleh nak je aku langgar laju laju ngan motot aku

:angry: :angry: :angry:
Reply
Share

devil bats
devil bats

May 25 2007, 05:22 AM #5

salam. aku pun baru terbaca berita ni kat surat khabar kosmo hari ni (25 mei 2007) muka depan. cukup menyayat hati.

actually aku tak berapa kisah kalo disebabkan kes ni makin byk road blok. aku juz panas hati sebab perbuatan diorang menghancurkan bangsa sendiri.

juz imagine kalo benda ni terjadi kat family, kekasih, kawan2 atau kenalan kita. dalam berita yang diberitahu, remaja perempuan ni 'tersilap' pilih kawan. tapi aku rasa, kebarangkalian untuk diorang buat perkara ni kat orang yang diorang tak kenal pun ade. mungkin tidak sekarang. tapi masa depan kita tak pasti.

dulu aku ade baca dalam satu risalah yang mengatakan antara mangsa rogol, kebanyakannya dikenali oleh perogol. tapi aku tertanya2, adakah perogol hanya merogol orang yang dikenali sahaja? mungkin ya. tapi aku rase org yang diorang tak kenali pun akan kena, kalo diorang tetap nak buat.

kejadian ni buat aku terfikir, mengapa begitu mudah diorang lakukan perkara ini? kemana hilangnya kasih sayang antara manusia?

untuk menghalang mereka ini memang kita tak punya kuasa (sebab kita tak tahu siapa yang baik dan siapa yang tak berhati perut). cuma yang kita boleh buat, pastikan orang yang kita sayang selamat. cuba jauhkan diorang dari menghampiri ke arah jadi mangsa. bermaksud, pastikan meraka tidak salah pilih kawan, tidak selalu keluar bersendirian dan segala apa yang boleh menyebabkan diorang menjadi mangsa.

dan yang kita boleh lakukan hanya berdoa agar mereka yang berhati binatang ini diberi taufik dan hidayah agar mereka kembali ke jalan yang benar. amin.
Reply
Share

Joined: Jan 23 2006, 02:18 AM

May 25 2007, 06:13 AM #6

tima kasih pada ustat ibat di atas kutbah jemaat anda

er...

pegi semayang woi!!

:lol: :lol:

i reap, i built, i ride!! - hungryghost custom inc
Reply
Like
Share

devil bats
devil bats

May 25 2007, 06:21 AM #7

antulaparbalikpagi @ May 25 2007, 01:13 PM wrote: tima kasih pada ustat ibat di atas kutbah jemaat anda

er...

pegi semayang woi!!

:lol: :lol:
ek eleh, macam mum gi jek!!
Reply
Share

red_skull
red_skull

May 25 2007, 06:21 AM #8

antulaparbalikpagi @ May 25 2007, 01:13 PM wrote: tima kasih pada ustat ibat di atas kutbah jemaat anda

er...

pegi semayang woi!!

:lol: :lol:
heheheh ibud jadik imam ni aku makmum.. hehehehe :D

sori tak leh login la..
Reply
Share

anok 2pai
Baru Dapat Lesen
anok 2pai
Baru Dapat Lesen
Joined: May 22 2007, 11:43 AM

May 25 2007, 06:43 AM #9

pak imam dok ronda2 cari makmum yg berkeliaran di siber pd waktu jumaat. ati2 :lol:
Reply
Like
Share

Joined: May 25 2007, 04:28 AM

May 25 2007, 07:05 AM #10

well.... apa nak buat ..this ppl should be shoot in between their balls

i can only blame itu kerajaan. champion mat rempit nak glamer dan hanya menguntungkan berapa orang jer daripada get those kutu jump di north pole..piraaa .. baik terjun sg kelang ngan kasi bersih itu sungai.. paling baik guna duit tu buat kelas wajib di bilik mayat and trauma center kat hospital baru diaorang tau..macam mana guna otak.. lagi direct approach.
Reply
Like
Share

Joined: Jan 23 2006, 02:18 AM

May 25 2007, 07:33 AM #11

itu presiden mat rempit malaysia

dato' paduka azeez bangga la tu

dgn anak buah dia tu


:ph43r: :ph43r: :ph43r:

i reap, i built, i ride!! - hungryghost custom inc
Reply
Like
Share

red_skull
Otai
Joined: Apr 5 2007, 08:17 AM

May 25 2007, 12:29 PM #12

kasi tembak itu mat rempit sama itu presiden skali..
:angry: :angry:


.....!!!
Reply
Like
Share

Joined: Jul 22 2006, 08:01 AM

May 25 2007, 01:00 PM #13

aku harap brother2 kita di sacc tau jaga diri, maruah keluarga, maruah bangsa dan maruah agama masing2.....biar kita jd imej biker bersopan dan membanggakan bangsa negara afteralll kita ni sebenarnya kebanggaan generasi muda MALAYSIA :angry: :angry: :angry: :angry: :angry:
!!LOUD PIPE SAVES LIFE!!
Reply
Like
Share

Joined: Jan 23 2006, 02:18 AM

May 26 2007, 02:19 AM #14

zack,

aku tau ko marah

itu signature kasik kecik sikit ye


thanks

i reap, i built, i ride!! - hungryghost custom inc
Reply
Like
Share

red_skull
Otai
Joined: Apr 5 2007, 08:17 AM

May 26 2007, 11:26 AM #15

antulaparbalikpagi @ May 26 2007, 02:19 AM wrote: zack,

aku tau ko marah

itu signature kasik kecik sikit ye


thanks
aku dah kasi kecik tapi tak cantik la..huhu


.....!!!
Reply
Like
Share